TIPS KEMBARA UNTUK NEW TRAVELLER

Assalammualaikum dan salam sejahtera, ketemu lagi kita diruangan santai blog yang membicarakan kembara tak kira mana Negara pun yang penting mohjalan…hahaha. Ok kita start dengan tips dan panduan awal untuk travel ke Negara eropah banyak sebenarnya, aku sharekan sikitlah..

1.TIKET

Ini sangat penting dalam persediaan untuk travel. Kena beli tiket dulu sebab kalau lambat atau dah dekat hari nak travel harga tiket akan jadi mahal dan mencanak naik seperti saham KNM yang melonjak naik baru-baru ini…eh, sesat ke bursa Malaysia pulak minah nie..hahaha.

Aku nak cakap disini penjimatan melebihi 90% kalau kita beli awal..Contoh tiket flight aku beli Kuala Lumpur to  Vienna to Kuala Lumpur hanya RM2250 dan tiket flight aku ke Krabi, Thailand return hanya RM 165..jimatkan. Best deal atau last minute deal pun kadang murah juga tapi ada caranya. Senang saja..Register free dekat web airlines macam Malaysia airlines, Ryanair atau Airasia.. Free notification by email selalu depa hantaq ..

Senang saja..Register free dekat web airlines macam Malaysia airlines, Ryanair atau Airasia.. Free notification by email selalu depa hantaq.. So check dari situ kadang ada best deal yang memang giler murah atau last minit deal yang mereka perlu habiskan untuk certain fight or route.

2. MINTA CUTI
Bab mintak cuti ni pandai-pandai korang ye, Hantar lah borang leave tu awal. Lagi bagus apply sebelum beli fight lagi. Last minit punya apply takut boss pun berat hati nak lepaskan korang. Nayakan..hahaha

3. HOTEL
Aku biasa nya book awal jugak sama timing beli tiket tu jugak. Gigihkan tapi itulah cara sebenarnya untuk dapat harga yang berbaloi.  Biasa aku check airbnb.com dulu kalau tak ada yang menarik baru beralih ke agoda.com. Check jugak review dari previous guest sebab sangat membantu so korang akan tahu pro and contra accommodation tu.

Boleh ikut budget pilih hotel, hostel atau apartment…Booking dengan website ada discount dan sesetengah booking boleh cancel and dapat refund kalau kalau tiba-tiba terpaksa cancel.Pastikan korang register dulu. Klik link dibawah untuk register dengan airbnb.com
https://abnb.me/e/p8cnoQDetZ


4. LOCATION

Biasanya location hotel yang aku pilih adalah bergantung pada budget aku. So korang tak perlu nak cari hotel yang strategik sangat atau betul-betul di kawasan attraction pusat bandar,

Tapi yang penting transportation – harus dekat dengan metro, train atau tram sudah memadai sebab sistem pengangkutan sesebuah negara contoh di Eropah adalah sangat efficient dan memudahkan.

5. ITINERARY
Jadual perjalanan sepanjang perjalanan korang ke destinasi itu. boleh listkan tempat-tempat destinasi yang mahu dilawati boleh juga berpandukan pembacaan dari rakan Facebook atau dari blog travel lain.

Biasa lah kalau itinerary yang kadang tidak seperti yang kita rancangkan semasa real travel nanti tapi itu biasa, korang boleh adjust kadang bergantung pada cuaca jugak dan faktor-faktor yang mempengaruhi.

6 DUIT

Tukar duit awal2 di Malaysia sebab tukaran di Negara yang kita nak travel biasanya lagi mahal. Bajet tukaran ikut dompet memasing lah kan… Tips cari money changer yang offer nilai yang paling rendah ada mid valley,satu di Jalan masjid India.. korang search sendiri la!



7. BEG
Korang kalau bawa baju jangan lah terlampau banyak contoh, kalau stay 3H2M jangan bawa macam 10H9M pulak..paham kan. Lagi satu cara korang susun pakaian dalam beg pun penting.. cuba korang search kat youtube.. how to manage your bag to travel?

8. MAKANAN
Sesetengah orang suka bawa makanan ready food kalau travel ke negara Eropah. Tapi aku redah jer cari or makan apa yang ada as long tak kebulur.
Ini depend pada tekad korang kalau korang jenis sedia angkut barang banyak.Silakan.. aku suka explore makanan di negara yang dilawati.. so terpulang tekak memasing.

9. SOLAT
Jangan pulak expect tempat solat seperti Malaysia ye.. harus letak dalam minda dimana tempat pun boleh solat. Perempuan susah sikit lah tapi aku pernah solat dalam kedai kebab Afghan kat Paris. dahulukan urusan Allah, Allah dahulukan urusan kita , In sha Allah

10. INSURANCE

Biasakan ambil insuran untuk travel keluar negara. Banyak kes yang berlaku disebabkan tidak mempunyai Insurance Protection, seperti sukar untuk membayar bil hospital atau kemalangan yang mengakibatkan kecacatan dan sebagainya.

Kemalangan dan perkara yang tidak diingini boleh berlaku di mana-mana, mungkin kita tidak fikir ianya serius tetapi apabila berlaku terhadap diri kita barulah kita menyesal tak sudah So ambillah insurance protection ye. Banyak boleh google je.

11. CREDIT or DEBIT CARD
Active kan dan Letak purchase or transfer limit yang korang rasa sesuai untuk trip tersebut.. penting sebelum pergi luar negara sebab banyak benda kita tak jangka mungkin terjadi. Selain itu pembelian online seperti penyewaan bilik atau kereta adalah lebih mudah dengan credit card.


12. BUDGET
Ok basically aku akan kira berapa budget untuk sehari kalau €50 x 10hari =€500 bersamaan lebih kurang RM2000 contoh! .. So banyak ini sahaja yang aku belanjakan untuk transport, makan, entrance fee dan lain-lain. Aku rasa affordable dan dikira mampu milik..eropah kot..haha

Moga 12 tips untuk memanfaatkan percutian anda ke Eropah! Jika anda ada tips untuk dikongsikan, sila komen di ruangan bawah.

Freda Zain
Protege TL202
Central Europe
29/08/19



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website at WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: