KISAH AKU DAN IRELAND

Cliffs of Moher, County Clare, Ireland, The Burren, Europe

KISAH AKU DAN IRELAND

Lama betul aku nak buat blog perjalanan pertama aku ke Eropah, Disebabkan kekangan masa dan malas yang menyelubungi. Sebenarnya aku ke Ireland kerana kontrak kerja di sebuah hotel di Limerick bernama South Court Hotel. Limerick adalah bandar ketiga besar di Ireland.

Asalnya aku tak tahu langsung pasal Ireland, satu negara yang asing pada aku suatu ketika dulu. Aku lebih didedahkan dengan Kota London, Paris dan Rome.

Tapi aku macam so excited untuk terima tawaran kerja ini sebab jiwa aku memang spesies adventures kot yang suka menjelajah tempat baru dan dalam perjalanan aku dalam mencari erti kehidupan dan mengenal Tuhan.

So disini lah bermulanya penghijrahan ku ke bumi Ireland..

Berpeluang untuk bekerja di Eropah membuatkan aku mengagumi architecture, tarikan sejarah, melihat lanskap yang indah serta mengamati seni dan budaya hebat orang lain.

Peluang yang hadir sekali dan ini juga adalah alasan yang cukup bagus untuk aku mengembara, tetapi yang paling penting, berada di negara orang dapat membantu aku melihat dunia dari sudut yang berbeza.

Berbanding dengan hanya memandang dari satu sudut sahaja, dunia akan mengubah tanggapan kita tentang sesuatu yang kita sentiasa fikir ‘betul’ atau ‘normal’.

Budaya yang berbeza membuatkan tanggapan yang berbeza tentang kecantikan, keamanan, kejayaan, ataupun kebahagiaan.

Pengalaman duduk di negara asing juga telah memperkayakan jiwa aku dan memenuhi hidup dengan segala kemungkinan.

Ia membolehkan aku untuk berkawan dengan orang yang biasanya baru aku temui. Ia telah mencabar aku , memaksa aku, membuatkan aku melihat luar dari kotak.

Tapi paling utama, adalah mensyukuri. Atas nikmat dan anugerah yang Tuhan beri tanpa henti-henti. Betapa hidup ini adalah persinggahan sahaja, sepantas berada di titik yang sibuk ini. Begitulah juga hayat dan kehidupan kita di dunia.

Ahh…benarlah firman Allah yang mahu manusia berjalan melihat kehebatan kekuasaan-Nya. Berjalanlah di muka bumi untuk melihat dan menyaksikan kekuasaan Allah yang Maha Pencipta.

Catatan Kembara
Freda Zain

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started