Design a site like this with WordPress.com
Get started

AKU, BUDA dan PEST

Alkisah, Aku balik kampung..Hari Raya Qurban baru-baru nie, orang sibuk melapah lembu aku melepoh selongkar cari jaket dan kasut boot yang aku simpan rapi di almari peninggalan emak. Sebenarnya masih elok cuma aku kibas-kibas sedikit habuk dan kasut bootku lap dengan kain basah, masih terserlah kilatan dan tampak baru. Alhamdullilah tidak perlu aku membeli baru..jimat sikit hihi

Sebenarnya hasrat ke Budapest sudah lama aku pendam sejak aku di Ireland lagi, cumanya ketika itu aku sibuk bekerja tiada masa untuk ‘take break’ jauh-jauh macam central europe tapi sebenarnya aku silap, wang tidak akan cukup walau banyak mana pun kau cari..wang bukan ukuran kebahagiaan dan wang ringgit bukan segala-galanya..dah lah berapa banyak dan…hahaha.

Ok lets focus on Budapest now..Budapest adalah sebuah ibu kota bagi Hungary dan ia terdiri daripada dua buat bandar iaitu Buda dan Pest yang dihubungkan dengan Jambatan Széchenyi Chain.

Jambatan ini agak popular di Budapest kerana ia merupakan jambatan gantung yang menjankau Sungai Danube di antara Buda dan Pest. sisi barat dan timur Budapest, ibu negara Hungary. Direka oleh jurutera Inggeris bernama William Tierney Clark. Ia adalah jambatan yang pertama di Danube pada tahun 1849.

Jambatan Széchenyi Chain

Pada masa pembinaannya, ia dianggap sebagai salah satu keajaiban kejuruteraan dunia moden. Ia telah menegaskan kepentingan yang sangat besar dalam kehidupan ekonomi, sosial dan budaya negara Hungary, sama seperti Jambatan Brooklyn di New York dan Amerika Syarikat.

Hiasannya diperbuat daripada besi tuang, dan pembinaannya, memancarkan maruah dan keseimbangan yang tenang, telah meningkatkan Jambatan Széchenyi Chain menjadi sangat hebat di Eropah.

Sungai Danube di Budapest ini juga simbol kepada negara tersebut kerana ia memisahkan Buda dan Pest sebelum kedua-duanya digabungkan pada tahun 1873 untuk menjadi sebuah bandar besar dan telah diberikan status Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kedudukan semua lokasi tarikan pelancong juga berdekatan dan boleh dilawati dengan menggunakan pengangkutan awam seperti Bus, Metro dan juga Tram.

Info:

Budapest has to put in your bucket list, if you could only visit one city in Europe, i’d say come to Budapest city!

Welcome to one of the greatest cities in Europe —-BUDAPEST

Sekian…

To be continue——->

FREda ZAin

23 August 2019



Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: