
Puncak Denai 3 Puteri…terletak tak jauh dari rumah aku dalam 3 kilometer. Dalam kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya. Aku kategorikan puncak denai ini sesuai untuk mereka yang baharu ingin berjinak dalam dunia ‘hiking’.

Denai 3 Puteri terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kota Damansara atau Taman Eko Rimba Kota Damansara. Nak senang google/waze je Kota Damansara Community Forest Reserve. Di sepanjang bahu jalan biasanya penuh dengan kereta yang diparkir. Datang lambat kena park jauh sikit.

Kemudian kena mendaftar masuk di pondok pendaftaran. Masa balik pun kena daftar keluar. Tujuan keselamatan mungkin. Sekurang-kurangnya mereka ada rekod berapa ramai yang mendaki mengikut tarikh. Tiada bayaran yang dikenakan terhadap pendaki.

8.00am aku sudah mula mendaki… jalan lenggang kangkung santai-santai. Ada beberapa trail yang boleh dipilih berpandukan papan tanda yang disediakan, In sha Allah tak sesat.
Laluan untuk ke puncak tidak susah. Sedikit bertangga dan kebanyakkan laluan adalah landai. Jadi, tidak ada masalah untuk berjalan laju, jogging dan jika ingin berbasikal pun boleh. Cuma laluan agak sempit sekiranya berbasikal.


Laluan untuk sampai ke puncak tidak lah begitu kejam..perlukan dalam 45 minit untuk sampai bagi yang santai santai tapi boleh juga berjogging sekiranya stamina tinggi. Trek lebih kurang 30 darjah turun naik tetapi masih sesuai untuk jogging dan cycling.
Pastikan anda melalui trail TEMUAN dan SAHABAT untuk ke trek hiking. Kemudian anda akan berjumpa trail DENAI 3 PUTERI dan disinilah bermula laluan yang agak sukar sekitar 60 ke 90 darjah dalam 20 minit. Jalan licin dan curam, so ramai juga yang jatuh tergelincir.




Selamat tiba di puncak Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara Petaling Jaya. Pusing-pusing terlebih dahulu sambil menikmati pemandangan. Dalam masa yang sama mulut mengunyah aku bawa kurma dan mineral waters sahaja..
Ok aku kongsikan sikit gambar view dari puncak Denai 3 Puteri yang orang nak sangat bergambar tu. Pemandangan highway NKVE. Di atas ni ramai lah orang berpiknik dan berehat dalam sejam dua sebelum meneruskan perjalanan menurun semula..hahaha.So korang boleh lah weekend ni ajak kawan-kawan berhiking di Puncak Denai 3 Puteri..